Click Click !

Saturday, August 31, 2013

Coretan.

Bismillah....

Assalamualaikum semua, so hey makhluk asing seluruh milky way. Apa khabar? Hehehe ok harap sihat lah sebab heyyyy it's HARI RAYA weehuu (still in Syawal ok!)

Well, sembang pasal raya memang semua orang gembira. Ye lah, baju baru, kasut baru, langsir baru, sofa baru ah semua nak baru. Pakwe pun kalo boleh nak baru. Eh? Hahah gurau, lama pun takde okay *nangis* lulz.

Tapi........ kalo Syawal dah tiba, maksudnya Ramadhan dah lepas. Ramadhan kareem. Kita selalu sebut, tapi kita faham ke maksudnya? Kareem tu maksudnya mulia. Mulia, siapa yang beribadah pada bulan tu memang mustajab insyaAllah. Hm aku taknak lah ckp banyak sebab ramadhan dah habis and lagipun aku ni bukanlah terror pun bahagian agama ni.

Tapi yang aku sentap sikit bila kaitkan dengan sekolah. Ya, sedar tak sedar mampus tak mampus memang tahun ni adalah tahun terakhir aku menyambut kehadiran dan pemergian Ramadhan di SMKA Naim Lil banat. Bila sekali tenung, mcm biasa-2 je. Tapi bila difikirkan balik, ya Allah..... banyaknya kebaikan yang aku dapat seandainya aku lakukan dengan cara betul.

Ini adalah tahun terakhir di bumi Naim. Tahun terakhir puasa kat sini. Ah spm toksah kata, tolak tepi sat.


Kalo di Naim, setiap hari sepanjang tahun, pelajar-2 bawa al-Quran di mana-mana. Kelas, masjid, library, Galeri Bahasa Arab ke.... Memang akan nampak. Itu pada hari biasa, kalo bulan ramadhan lagi laaaaaaa. Semua akan cuba sedaya upaya utk khatam pada bulan tersebut. Therefore, kalo pergi mana-mana, memang semua students akan mengaji. Kadang2, tunggu cikgu sampai lab pun students akan mengaji. Sejuk mata memandang itu pasti. Lepastu, pihak sekolah akan buat Majlis Khatam Quran besar-besaran meraikan pelajar2 yang berjaya khatam in less than a month. Ramai sangat. Next, kalo time rehat or cikgu tak masuk kelas, solat dhuna pelajar takpernah tinggal. Then akan ada solat sunat tasbih beramai-ramai. Solat sunat hajat. Tazkirah zuhur dan macam2 lagi aktiviti kerohanian. Aku suka. Suka dgn environment sekolah macam ni. Rasa selamat, selamat sangat (tetibe). Aku tahu sekolah lain pun ada tapi.... berdasarkan survey, kawan-kawan aku dari SMK cakap tak meriah. Okay..........

Dalam kesukaan itu, aku terfikir lagi, mcm mana bila dah keluar Naim nanti? Masihkah aku dapat lihat orang ramai di sekeliling membawa al-Quran? Membaca al-Quran? Dimana-mana? Bercakap tentang orang lain, aku sendiri? Adakah semua benda yang aku buat di bumi Naim aku akan amalkan sejurus keluar dari tempat tersebut? Ya Allah, mampukah aku? Bagi aku, dunia luar sangat mengerikan. Tambahan pula, di Naim, aku hanya dapat melihat kaum hawa sahaja. Di luar????? Can I fit in the society? Takutnya. I have no guts..... :(

"Akal mu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh."

Aku bimbang, mungkin skrg ni, aku boleh cakap "alaaa, nanti kat luar aku amalkan je lah." Tapi...... aku seorang perempuan. Perempuan, yang terkenal dengan sikap yang lemah. Mudah terpengaruh, tergoda dengan anasir luar. Korang tak takut ke?! Sebab ni semua pengalaman dari senior-2 Naim.  Bila di matriks or U nanti, iman kena kuat inikan pula nak ke Jordan, Mesir, Ireland, China ((mostly students Naim ke situ)) senang kata overseas lah.


Memang kat sekolah ni, agak terjaga semuanya, walaupun di luar sekolah, aurat pun aku taktahulah sempurna ke tak tertutupnya, tapi bila masuk ke pagar Naim hm alhamdulillah.......

Lepastu, the other day, aku buka fb, lalu terbacalah and sempat print scr, coretan hati salah seorang ex-Naim yang di statuskan di fb nya. Serious talk, nak nangis bila baca. Terasa diri ini hm tak layak utk berada di sini.... ini bukan riak, tapi berkongsi pengalaman.



haaa, begitulah. Ye, yang part "kawan-kawan ibuku..." tu juga aku sering lalui. Ah benar, kalau tanya encik gugel, memang byk article psl sekolah. Namun... terkadang tanggapan org luar terlalu tinggi, sampai tak tercapai dek akal (wow hiperbola). Well, as said, "kita ambil positifnya..."
Haa, itu je lah mungkin utk kali ni. Just utk kesedaran diri sendiri dan peringatan utk semua kawan-kawan di Naim, dan org lain (itupun kalau ada yang baca el ow el)


And..... di sebabkan aku akan menghadapi Percubaan SPM 2013 pada Isnin terdekat ni, 2 Sept 2013. Aku nak memohon maaf kalau ada salah silap mana-mana. Aku memang selalu buat salah, cakap pun terkadang kasar. Dekat classmates, sorry kalau terkadang aku takboleh nak control suara yang ada bingit ni lol, termengumpat ke time korang tidur, and kepada cikgu-cikgu, saya mtk maaf kalau terkadang saya termengantuk dalam kelas, tapi saya tak pernah tidur pun k time cikgu mengajar! Hehe ^.^ (haha sembang macam cikgu baca je). Lepastu, dkt2 kawan-kawan yang terdekat, Leen, Wani, Nad, Kinah, Auni, ENASM, et al (ramai sgt doh!) mtk maaf ye yayang mwa mwa! :* (wah mcm boleh tuju ucapan pulak kat sini)


Good luck dekat semua batch 96 1Malaysia, walaupun harini Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, pelajar tingkatan 5 belum merdeka sepenuhnya ok. Semoga Allah membantu kita. Buat yang terbaik, kita kembalikan zaman kegemilangan PMR batch terbaik dalam 5 tahun hihi.




p.s: Sorry kalo post kali ni ter-jiwang sikit heehee :3


Salam calon SPM,
Liana Syairah.

No comments:

Post a Comment

No, you don't have to comment.