Click Click !

Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan dan Solat sunat gerhana

Peace be upon you , ppl :)

Hai , seperti yang sedia maklum , semua dah tahu kan pasal gerhana bulan yang tengah berlaku sekarang ( 8.30 malam - 1.00 pagi ) . Dah heboh kan dalam tb , pesbuk , twitok , dan yang sama waktu dengannya.
So , korang dapat tengok tak ? Ada yang dapat , ada yang tak , betul tak ? Hewhew.

Alhamdulillah. Tapi malangnya , saya takdapat nak tengok , terlindung dengan awan. Huihui. Takpelah. Ummi cakap ''tunggu tahun depan lah dik'' . Okay , insyaALLAH ummi :) -actually , sedih gila. 





Sedikit info pasal gerhana bulan.

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada orbitnya.

Solat sunat gerhana bulan.

Haa , kejadian sebegini bukannye selalu berlaku , betul tak kawan kawan ? hewhew. Jadi , untuk menunjukkan tanda kesyukuran dan tunduk kepada Maha Pencipta , Rasulullah SAW , menggalakkan kita untuk melakukan Solat Sunat Gerhana Bulan ^_^

Cara - caranya ? 
Okay , mungkin ada yang tahu dah ada yang taktahu atau kurang tahu atau confuse. So , disini , saya ada sediakan cara caranya.

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)
ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam



Haa , dah tahukan kawan kawan ? So , yang mana hendak melakukannya , maka boleh lah bersegera. Sempat lagi nie ye :)

Rasa sampai sini sahaja. Harap Ilmu yang dikongsikan dpt memberi manfaat kepada sesama kita. Hewhew. 

Oke , wassalam. :)



No comments:

Post a Comment

No, you don't have to comment.